Gulai Kawah Batang Pisang


Mengilhamkan tradisi kenduri kampung, gulai kawah batang pisang menjadi menu utama hidangan bufet Ramadan di Swiss Inn, Sungai Petani.Di sini,segala-galanya-galanya akan mengembalikan nostalgia pengunjung terhadap suasana kampung halaman satu ketika dulu.

Gulai kawah batang pisang bukan calang-calang masakan. Dimasak begitu teliti pastinya menambat selera berbuka. Bayangkan dengan dagingnya yang direbus dua jam, dimasak pula dengan cara tumis darat. Umbut batang pisang awak atau pisang hutan pula menjadi pelengkap resipi kampung hidangan  ini.

Bufet Ramadan di Swiss Inn turut  mempertaruhkan pelbagai hidangan seperti bawal goreng panas, daging kambing panggang, ayam kampung,paru goreng pedas,gulai tempoyak ikan, masakan kupang dan banyak lagi dengan harga RM49.90 untuk dewasa dan RM19.90 bagi kanak-kanak.

Selain hidangan utama,  pencuci mulut juga tidak akan ketinggalan. Kepada yang biasa menikmati otak-otak, ada kelainan yang dibawakan Swiss Inn Sungai Petani. Rasai gedong chak, hasil air tangan chef Md Amin Abdul Rahman yang juga pakar dalam gulai kawah.

Apa tunggu lagi, selain hidangannya  dekorasi dalaman di sini yang santai dan berhadapan kolam renang, tentu akan menaikkan semangat untuk berbuka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis