Ditegah Tawar Buffet Ramadan 2013 Tanpa Sijil Halal

Buffet Ramadan 2013

MAIJ nasihat pemilik dapatkan pengiktirafan sebelum buat promosi Buffet Ramadhan 2013

Batu Pahat: Hotel dan restoran di negeri ini yang masih tidak mempunyai sijil halal Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tidak dibenar menawarkan bufet Ramadan kepada umat Islam pada bulan puasa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata mereka juga turut dilarang mengiklankan juadah bufet Ramadan bagi menarik pelanggan.

MAIJ akan buat serbuan dan merampas iklan mereka supaya umat Islam tidak tertipu” Abd Mutalip Abd Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor


Dapat sijil halal

“MAIJ menasihatkan hotel serta restoran yang mahu menyediakan juadah bufet Ramadan supaya mendapatkan pengiktirafan halal kerana hanya beberapa hari lagi Ramadan akan tiba.

“Jika tidak, mereka tidak dibenarkan buat promosi, iklan atau menyediakan hidangan bufet Ramadan.

“Buat masa ini, hanya 35 hotel di negeri ini mempunyai pensijilan halal dan dibenarkan membuat promosi serta menyediakan hidangan bufet Ramadan kepada umat Islam. Masih banyak hotel khususnya yang baru dibuka tiada sijil halal,” katanya selepas melancarkan Karnival Kepenggunaan dan Keusahawanan Halal peringkat negeri 2013 di Dataran Penggaram, di sini semalam, Abd Mutalip berkata, hotel serta restoran yang ingkar dan terus mempromosi serta mengiklankan hidangan bufet Ramadan tanpa mendapatkan pensijilan halal, berdepan tindakan tegas.
Pantau iklan

“MAIJ bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memantau perkara ini termasuk membuat serbuan dan merampas iklan mereka supaya umat Islam tidak tertipu,” katanya sambil menambah, sejak Oktober lalu, 1,748 permohonan diterima daripada pelbagai pihak bagi mendapatkan pensijilan halal di Johor.

Katanya, MAIJ menubuhkan Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal di mana permohonan sijil halal dipermudahkan dengan kewujudan e-halal yang membolehkan permohonan dibuat menerusi internet sepenuhnya.

“Daripada 1,748 permohonan itu, 744 sudah diluluskan dan kita harap lebih banyak syarikat perniagaan termasuk hotel dan restoran mengemukakan permohonan mereka segera,” katanya.

Katanya, Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal serta penguat kuasa MAIJ akan turun padang lebih kerap memeriksa premis di seluruh negeri ini bagi memastikan tiada pihak menggunakan sijil halal palsu yang boleh mengelirukan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis