Joseph Kony 2012



KONY 2012? Siapa Joseph Kony yang menjadi 'ikon' dalam  KONY 2012 ini? Mengapa dia menjadi topik perbualan.

Joseph Kony - adalah ketua kepada sebuah kumpulan penentang kerajaan di Uganda. Dia memimpin sebuah pergerakan besar yang dinamakan Lord's Resistance Army (LRA) yang ditubuhkan pada tahun 1987. LRA merupakan sebuah organisasi pelampau agama Kristian.

Joseph Kony mendakwa dia merupakan seorang penganut Kristian yang sejati, malah mahu menjadikan negara Uganda sebuah negara Kristian sepenuhnya dengan menerapkan pemerintahan berdasarkan undang-undang teokrasi berdasarkan 10 Perintah Tuhan - Biblical Ten Commandments, seandainya dia berjaya menumbangkan kerajaan sedia ada.


Joseph Kony adalah merupakan penjenayah perang yang paling dikehendaki dunia (nombor satu).

Kata peguam Mahkamah Dunia - "Salah satu cara untuk menangkap Joseph Kony adalah dengan memberitahu kita sedang dalam percubaan untuk menangkapnya"

Apakah yang menjadikan dia sangat begitu dikehendaki oleh Mahkamah Dunia tetapi dalam masa yang sama, tiada undang-undang atau bukti kukuh yang dapat menyeretkannya ke pengadilan? Dan mengapa Amerika yang kononnya sebagai polis dunia tidak dapat berbuat apa-apa pun dalam hal ini?


  • Tentera LRA pimpinan Kony dianggarkan telah menculik lebih daripada 20 ribu kanak-kanak untuk dijadikan askar dalam gerila LRA.
  • Kanak-kanak perempuan pula diculik untuk dijadikan hamba seks.
  • Kanak-kanak yang diculik diajar agar membunuh ibu bapa mereka sendiri, bertujuan agar mereka tiada lagi kediamaan dipanggil rumah untuk kembali.
  • Kanak-kanak yang baru diculik akan dijadikan sebagai 'askar' untuk memunggah peralatan perang atau menjadi penyampai bekalan kepada gerila LRA.
  • Ada juga antara kanak-kanak ini dijadikan sebagai 'benteng manusia' seandainya diserang oleh pihak tentera.
  • Dikatakan Kony punyai lebih daripada 60 isteri - hasil penculikan.
  • Mereka yang ditahan atau dijadikan tawanan oleh LRA selalunya akan menjadi mangsa kepada keganasan.
  • Kanak-kanak yang diculik yang beri masalah akan dipotong telinga, hidung atau bibir dan dipaksa untuk memakannya.
  • Joseph Kony mendakwa tindakannya adalah merupakan suruhan daripada malaikat - There are eight of these angels, he says -- three American, two Sudanese, two Chinese, and one Congolese.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis