Hukum Tarikan - Menarik Segala Impian Anda

Artikel ini akan menunjukkan tentang asas Hukum Tarikan. Kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada ia positif atau negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya bertindakbalas kepada anda.

Pemikiran kita adalah yang mencipta dunia luaran kita. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam diri kita, kita boleh mencipta kehidupan yang kita inginkan. Lihatlah dalam-dalam tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.

Mulakan dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni dengan impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang hadir dalam minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan dengki. Ini adalah sikap negatif dan tidak akan membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan.

Mulakan dengan menunjukkan kasih sayang kepada semua manusia. Satu tabiat buruk yang ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk kekayaan. Mereka mengatakan orang kaya adalah penipu, pencuri dan rasuah. Dengan melakukannya, anda menghantar getaran negatif kepada alam semesta terhadap wang. Ini akan menyebabkan anda terus miskin. Justeru itu, anda harus memuji dan bangga terhadap orang kaya yang mana mereka telah keluar daripada alam kemiskinan.

Mulakan rasa bersyukur setiap hari atas rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Berterima kasih akan membawa anda lebih dekat kepada impian-impian anda. Rasakannya dalam hati anda apabila anda mengucapkan terima kasih. Hukum Tarikan hanya bertindak apabila emosi diletakkan dalam kata-kata anda.

Perlu diingatkan bahawa pemikiran menjadi realiti. Mulai sekarang, kawal pemikiran dalam minda anda. Pemikiran adalah seperti benih dalam kebun. Anda harus menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya dengan getaran yang baik. Ini akan membawa kepada manifestasi yang lebih cepat apabila menggunakan Hukum Tarikan.

Adakah anda inginkan lebih kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan anda?

Ketahuilah tentang rahsia yang akan mengubah hidup anda agar lebih kaya dan berjaya.

Dapatkan panduan Rahsia Menarik Kekayaan dan Kejayaan Melalui Hukum Tarikan di..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis